Persepsi dalam masyarakat Peminat

Penggelaran individu tertentu ke dalam kelompok ini seringkali mempunyai stigma sosial yang melekat hasil stereotaip mengukuh.

Gelaran yang mengkhusus kepada kaum lelaki (yakni maskulin) iaitu fanboy sering dikaitkan dengan tanggapan bersikap terlalu agresif, celupar dan sangat melindungi barang diminat yang dianggap mencapai tahap ketaksuban.[7] Gelaran yang mengkhusus kepada kaum perempuan (yakni feminin) iaitu fangirl pula cenderung khusus sebagai gelaran mencemuh remaja kononnya kerana perangai mentaksub bercampur terlalu ikut emosi dan romantis pada tahap yang menakutkan penggelar; malah ada juga yang anggap gelaran sedemikian untuk menuduh seseorang tidak ikhlas dalam minatnya terhadap sesuatu topik dan hanya mengikut sohoran semata-mata kerana rasa serong terhadap kaum wanita.[8]

Berkaitan